fbpx

Tarikh Tutup 2023 / 1444H : SELASA 27 JUN 2023

HARI
JAM
MIN
SAAT
Khidmat Pelanggan

Tempahan berjaya.

Terima kasih di atas penyertaan anda.

Tempahan anda akan diproses dalam tempoh 3 hari.
Qurbani mewakili pihak yang terlibat mengucapkan ribuan terima kasih diatas hasanah penyertaan anda. Insha-Allah kami akan melaksanakan tanggungjawab yang telah anda berikan ini dengan sebaik mungkin.

Langkah berikutnya

Sila rujuk video panduan niat serta akad yang dipimpin oleh Ustaz Shahrizan Daud At-Turabi.

RUJUK VIDEO PANDUAN

Anda akan menerima email pertama sejurus selepas tempahan dan bayaran anda selesai diterima melalui laman web ini.

*Sila periksa bahagian Spam jika anda tidak menemui email kami.

Pegawai kami akan memeriksa maklumat anda didalam pangkalan data utama. Selepas tempahan didaftarkan, anda akan menerima email kedua yang mengandungi;

1. Maklumat yang didaftarkan
2. Pautan statuslink.

Jika terdapat kesalahan maklumat tempahan dan anda ingin membuat pembetulan. Klik disini

PENTING!
Anda akan menerima statuslink hanya melalui email disebabkan arahan MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) untuk menyekat pautan URL dalam perkhidmatan mesej ringkas (SMS)

Statuslink adalah pautan laman web khas untuk setiap tempahan anda sebagai medium untuk anda merujuk maklumat terkini serta proses ibadah yang anda daftarkan sehingga selesai pelaksanaan.

Kami juga akan menghantar SMS secara berkala untuk memastikan anda sentiasa mendapat maklumat yang terkini.

 

Anda akan menerima notifikasi sebelum dan selepas ibadah anda dilaksanakan. Untuk persoalan ibadah qurban (bila boleh memotong kuku dsb.) sila rujuk disini.

Masa (kecuali aqiqah) dan lokasi pelaksanaan ibadah anda ditetapkan oleh pihak Qurbanaid. Pemilihan negara oleh peserta tidak dibenarkan. Selepas ibadah selesai dilaksanakan, maklumat anda akan disimpan untuk tujuan audit dan pengurusan.

Gambar pelaksanaan secara individu tidak disediakan (kecuali Aqiqah) kerana jumlah tempahan yang tinggi (bergantung kepada tempat pelaksanaan)

Parcel yang mengandungi sijil penyertaan (1 sijil untuk setiap nama peserta) serta saguhati pakej (hadiah mengikut pakej yang didaftarkan) akan dihantar kepada alamat yang telah didaftarkan selewat-lewatnya 45 hari SELEPAS tarikh pelaksanaan ibadah anda.

Kami menggunakan perkhidmatan kurier NinjaVan untuk penghantaran ke Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak sahaja.Kos penghantaran adalah PERCUMA. Kos penghantaran diluar kawasan perlu ditanggung oleh anda. 

Parcel yang tidak berjaya dihantar atau tidak dituntut akan dikembalikan kepada Qurbani. Kos penghantaran kali ke-2 perlu ditanggung oleh pendaftar.

Tempahan anda akan bertukar kepada status selesai selepas kami menghantar parcel anda.

Panduan Lafaz Akad Wakalah.

بِسْمِ اللّهِ الرَحْمَنِ الرْحِيم
أَنَا أُوَكِّلُ قُرْبَانِ ، مَسْئُولٌ فِى التَّنْفِيذِ عِبَادَة (قُرْبَانِ ، عَقِيْقَةِ ، نَذَرِ)
فِي ه‍َذَا الْعَمِ بِاسْمِ مُـسَجَّلِ لِلّهِ تَعَلَى

Terjemahan : Saya mewakilkan syarikat Qurbani Sdn Bhd bertanggungjawab atas pelaksanaan ibadah (Qurban/Aqiqah/Nazar) pada tahun ini diatas nama yang didaftarkan kerana Allah Ta’ala.

Panduan Lafaz Niat Ibadah
Lafaz Niat Ibadah Qurban

Tiada bacaan khusus untuk niat ibadah qurban yang dianjurkan. Individu yang berqurban boleh melafazkan didalam hati sebagai contoh : “Sahaja aku melakukan qurban sunat tahun ini, kerana Allah Ta’ala”.

PENTING : Lafaz Niat Ibadah Nazar

Jika anda bernazar untuk berqurban, niat bernazar perlu dilafazkan. Selagi tidak dilafazkan, nazar anda akan menjadi tidak sah dan tidak wajib ditunaikan jika anda hanya berniat didalam hati. Lafaz niat tersebut haruslah jelas dan nyata, sekiranya individu tersebut tidak boleh bercakap, niat nazar secara isyarat atau bertulis sudah memadai.

Beberapa contoh lafaz nazar yang sah secara hakikat;

  1. Sudah memiliki binatang qurban:
    “Demi Allah ke atasku menyembelih haiwan ini sebagai qurban”
    atau
    “Ke atasku menyembelih binatang ini sebagai qurban”.
  2. Belum memiliki binatang qurban:
    “Jika aku memiliki seekor kambing, maka ke atasku berqurban dengannya”
     atau
    “Aku bernazar untuk menyembelih kambing sebagai qurban pada hari raya Haji nanti”.
Lafaz Niat Ibadah Aqiqah

Lafaz niat dibacakan oleh wakil penyembelihan ketika sembelihan sedang dilakukan.

بِسْمِ اللهِ , وَاللهُ أَكْبَرُ , اللهم مِنْكَ وَلَكَ , هَذِهِ عَقِيْقَةُ

Terjemahan : Dengan nama Allah, Allah Maha Besar, Ya Allah ini dari-Mu dan untuk-Mu. Ini adalah aqiqah …. (Nama anak yang diaqiqahkan) .

Hubungi Qurbani
1
Perlukan bantuan? klik disini.
Scan the code
Assalamualaikum, boleh kami bantu anda?