fbpx

Semarakkan semangat berqurban anda.

Saban tahun, Qurbani mempermudahkan pelaksanaan ibadah qurban anda dengan perkhidmatan yang pantas dan telus.

Istimewa untuk tahun 2024, ketahui pelbagai tawaran menarik kami untuk membantu anda menyemarakkan semangat untuk berqurban kerana Allah, disamping membantu saudara muslim fakir di negara-negara yang dalam kesusahan.

tawaran istimewa untuk Aidil Adha 2024 / 1445h

Pusat sembelihan baharu

Pelaksanaan di fasiliti seliaan Qurbani terbaharu di sekitar Bangladesh dan Afrika.

Cenderahati istimewa

Istimewa Al-Quran, Sejadah Travel, Telekung Eksklusif (Najjah) serta Sijil Penyertaan.

kos pengurusan dikekalkan

Bermula dari RM300 per bahagian, kami kekalkan harga mudah milik demi anda!

Panduan pengguna

Dapatkan notifikasi secara nyata untuk setiap langkah dalam pelaksanaan ibadah anda.

pentingnya ibadah Qurban

Kelebihan & Ganjaran Muslimin yang Berqurban

“Maka beruntunglah mereka di akhirat di mana Allah telah sediakan binatang tunggangan kerana ibadah Qurban yang mereka laksanakan”.

Ibadah qurban sesungguhnya adalah sedekah yang lebih baik jika dibandingkan dengan sedekah menggunakan wang tunai. Kerana setelah haiwan qurban disembelih atas nama Allah, sedekah yang terbaik adalah dengan mengagihkan daging qurban tersebut untuk saudara-saudara Islam yang lain.

Sunat Muakkad yang selalu diabaikan

Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa yang diberikan kemudahan, sehingga memampukan dia untuk berQurban, akan tetapi dia tidak mahu berQurban, maka janganlah dia mendekati tempat solat kami (masjid)”
– HR. Ahmad 8273, Ibnu Majah 3123, dan sanad hadits dihasankan al-Hafizh Abu Thohir

Hukum melaksanakan ibadah Qurban adalah Sunat Mu’akkadah; iaitu sunat yang sangat dituntut untuk umatNya. Tuntutan melakukan ibadah Qurban sangatlah banyak sehinggakan ada sebahagian ulama menyatakan hukumnya adalah wajib. 

untuk mereka yang memerlukan.

Makanan harian kita adalah makanan tahunan mereka.

Disebabkan sumbangan anda dan wujudnya platform seperti Qurbani, saudara fakir kita dapat merasai daging sebagai hidangan istimewa mereka ketika menyambut Aidil Adha.

Sebagai platform perhubungan, Qurbani menyalurkan sumbangan dan tempahan ibadah anda secara terus kepada komoditi islam yang memerlukan.

kami uruskan dengan telus.

Melalui persaudaraan Qurbani yang telah dibina, kami berjaya menghubungkan lebih banyak saudara Islam yang dhaif di sekitar pusat sembelihan Qurbani. Tempahan anda akan disalurkan terus kepada kelompok fakir muslim mengikut keutamaan dan keadaan semasa mereka.

Pelaksanaan Lembu

Bangladesh, Kemboja, Guinea Conakry & Sierra Leone

Pelaksanaan Kambing

Makkah & Indonesia

Pelaksanaan Unta

Makkah

cenderahati edisi terhad 2024.

Istimewa untuk Aidil Adha kali ini, tawaran dengan nilai tambah untuk setiap tempahan dalam satu pendaftaran.

1-2
bahagian (lembu/unta)
ekor (kambing)

bermula dari RM300

3-4
bahagian (lembu/unta)
ekor (kambing)

bermula dari RM900

5-7
bahagian (lembu/unta)
ekor (kambing)

1-7

ekor (lembu/unta)

bermula dari RM1,500

Terma & Syarat

  1. * Penghantaran percuma untuk kawasan didalam Semenanjung Malaysia, Sabah & Sarawak sahaja.
  2. Cenderahati pakej akan diposkan melalui kurier Ninjavan selepas tempahan diproses dan diagihkan dalam tempoh 3-14 hari dari tarikh penyertaan.
  3. Hadiah dan promosi bergantung kepada stok sedia ada dan boleh ditukar tanpa sebarang notis.
  4. Jika berlaku pertukaran promosi, Qurbani akan menggantikan dengan nilai yang setara.
  5. Promosi sah untuk penyertaan qurban/aqiqah tahun 2023 sahaja.

dengan kos yang sangat rendah.

Mengapa kos Qurban antarabangsa sangat murah?

Qurbani mengamalkan konsep ‘Ekonomi Dua Hala’ dimana pihak pemberi dan penerima saling menerima manfaat.

Keadaan ekonomi kita yang jauh lebih baik dari mereka memberikan ruang nilai matawang lebih tinggi. Maka kita dapat melaksanakan ibadah dan sumbangan dengan lebih murah.

Setiap haiwan / bahan / sumber yang digunakan untuk melaksanakan tempahan anda diambil secara langsung dari komoditi tempatan penerima, secara tidak langsung meningkatkan ekonomi mereka. 

Sumbangan anda pula dimanfaatkan dalam bentuk makanan ataupun fasiliti asas oleh masyarakat setempat.

Lembu / bahagian
Rm300
Lembu / ekor
Rm2100
Kambing / ekor
Rm450
Unta / bahagian
Rm600

jom daftar sekarang.

  1. Nama pendaftar : Individu yang mewakili nama-nama peserta yang melaksanakan ibadah. Pendaftar tidak semestinya seorang peserta.
  2. No.Telefon : Diperlukan untuk pembayaran atas talian, notifikasi SMS dan akan dihubungi untuk panggilan akad.
  3. Emel : Diperlukan untuk pembayaran atas talian dan servis notifikasi.
  4. Nama peserta (1-7) : Hanya satu nama untuk setiap kuantiti .
    Maksimum 7 kuantiti dalam satu tempahan.
  5. Alamat : Parcel yang mengandungi cenderamata didalam pakej serta sijil penyertaan akan diposkan ke alamat yang didaftarkan.
  1. Qurban : Pelaksanaan pada hari tasyrik (10-13 Zulhijjah). Lokasi dan tarikh/masa pelaksanaan ditetapkan oleh Pihak Qurbani.
  2. Aqiqah : Sila tetapkan tarikh pelaksanaan (minima 7 hari selepas tarikh pendaftaran). Sila hubungi pegawai khidmat jika anda perlukan tarikh lebih awal. Tarikh pelaksanaan mungkin berubah mengikut keadaan. Tempahan dalam musim Aidiladha akan dilaksanakan semasa hari Tasyrik. Lokasi ditetapkan oleh pihak Qurbani.
  3. Nazar : Waktu pelakasanaan seperti ibadah qurban/aqiqah. Lokasi ditetapkan pihak Qurbani.

Setiap satu nama peserta mewakili satu bahagian atau ekor haiwan yang didaftarkan.

Jika anda ingin mendaftar satu ekor lembu untuk 7 ahli keluarga anda, Sila pilih lembu (per bahagian) dan 7 kuantiti. 7 ruang nama peserta akan disediakan.

Jika anda memilih Lembu (per ekor) dan kuantiti 1, hanya 1 ruang nama disediakan. Bagaimanapun, anda boleh juga mengisi nama keluarga sebagai wakil ibadah yang ingin anda daftarkan. 

Borang pendaftaran ini hanya menerima kaedah pembayaran secara Online FPX melalui bank-bank tempatan yang menyediakan perkhidmatan perbankan atas talian. Untuk kaedah pembayaran lain :

1.  Kad Debit/Kredit : Ditutup buat sementara waktu.
2. e-wallet(TnG/Paypal/Boost/Grab) : Ditutup buat sementara waktu.
3. Pindahan Bank : Sila hubungi pegawai kami.
4. Cek / Tunai : Sila hadir ke pejabat urusan kami untuk pendaftaran secara bersemuka.
5. Skim ansuran Qurbani: Sila hubungi pegawai kami.

No.Akaun bank rasmi : Qurbani Sdn. Bhd. (1356637-H)

562487423499 (MAYBANK)

8010307839 (CIMB Bank)

Rujuk halaman terima kasih (dibawa secara automatik selepas bayaran selesai dibuat. Jangan tutup browser anda) untuk ringkasan tempahan dan video panduan niat serta akad yang dipimpin Ustaz Wan Akashah.

Pautan panduan ini juga akan dihantar melalui Whatsapp serta emel anda untuk rujukan akan datang.

Anda akan menerima panggilan telefon untuk tujuan pengesahan maklumat dan akad bersama pegawai kami dalam tempoh 3-7 hari dari tarikh tempahan. Kami mungkin tidak membuat panggilan ketika musim jumlah tempahan yang tinggi.

Anda akan menerima email, SMS atau whatsapp yang mengandungi pautan (link) khas untuk tempahan anda. Status pengurusan serta pelaksanaan ibadah anda akan dikemaskini dalam masa sebenar (real time).

Kami juga akan menghantar notifikasi SMS/Whatsapp secara automatik untuk setiap langkah penting sepanjang tempahan anda diurus serta dilaksanakan.

Masa dan lokasi pelaksanaan ibadah anda ditetapkan oleh pihak Qurbani. Pemilihan negara oleh peserta tidak dibenarkan. Selepas ibadah selesai dilaksanakan, maklumat anda akan disimpan untuk tujuan audit dan pengurusan.

Gambar pelaksanaan secara individu tidak disediakan (kecuali Aqiqah) kerana jumlah tempahan yang tinggi (bergantung kepada tempat pelaksanaan)

Parcel yang mengandungi sijil penyertaan (1 sijil untuk setiap nama peserta) serta saguhati pakej (hadiah mengikut pakej yang didaftarkan) akan dihantar kepada alamat yang telah didaftarkan dalam tempoh 30 hari dari tarikh penyertaan bergantung kepada terma & syarat.

Kami menggunakan perkhidmatan kurier NinjaVan untuk penghantaran ke Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak sahaja.Kos penghantaran adalah PERCUMA. Kos penghantaran diluar kawasan perlu ditanggung oleh anda. 

Parcel yang tidak berjaya dihantar atau tidak dituntut akan dikembalikan kepada Qurbani. Kos penghantaran kali ke-2 perlu ditanggung oleh pendaftar.

Masih ada persoalan? Rujuk pautan dibawah.

jom daftar sekarang.

Hubungi Qurbani
1
Perlukan bantuan? klik disini.
Scan the code
Assalamualaikum, boleh kami bantu anda?