HARI RAYA AIDIL ADHA | Tidak Lama Lagi
Qurbani mewakili pihak yang terlibat mengucapkan ribuan terima kasih diatas hasanah penyertaan anda. Insha-Allah kami akan melaksanakan tanggungjawab yang telah anda berikan ini dengan sebaik mungkin.
بسم الله الرحمن الرحيم
أنا أمثل قرباني ، مسئول عن التنفيذ عبادة (قربان, عقيقة, نذر) في هذا العام باسم مسجل لله تعالى
Saya mewakilkan syarikat Qurbani Sdn Bhd bertanggungjawab atas pelaksanaan ibadah (Qurban/Aqiqah/Nazar) pada tahun ini diatas nama yang didaftarkan kerana Allah Ta’ala.
Tiada bacaan khusus untuk niat ibadah qurban yang dianjurkan. Individu yang berqurban boleh melafazkan didalam hati sebagai contoh : “Sahaja aku melakukan qurban sunat tahun ini, kerana Allah Ta’ala”.
Lafaz niat dibacakan oleh wakil penyembelihan ketika sembelihan sedang dilakukan.
بِسْمِ اللهِ , وَاللهُ أَكْبَرُ , اللهم مِنْكَ وَلَكَ , هَذِهِ عَقِيْقَةُ
Terjemahan : Dengan nama Allah, Allah Maha Besar, Ya Allah ini dari-Mu dan untuk-Mu. Ini adalah aqiqah …. (Nama anak yang diaqiqahkan) .
Jika anda bernazar untuk berqurban, niat bernazar perlu dilafazkan. Selagi tidak dilafazkan, nazar anda akan menjadi tidak sah dan tidak wajib ditunaikan jika anda hanya berniat didalam hati. Lafaz niat tersebut haruslah jelas dan nyata, sekiranya individu tersebut tidak boleh bercakap, niat nazar secara isyarat atau bertulis sudah memadai.
Beberapa contoh lafaz nazar yang sah secara hakikat;
Pastikan anda telah melafazkan akad wakalah & niat ibadah seperti panduan diatas.
Periksa email slip bayaran (jika anda membuat bayaran online FPX)
Periksa email pengesahan tempahan (3 hari bekerja)
a. Pastikan anda memeriksa maklumat tempahan adalah tepat melalui email pengesahan/slip tempahan/statuslink yang kami hantar.
b.Hubungi pegawai anda jika terdapat kesalahan maklumat
c.statuslink adalah pautan untuk anda menyemak maklumat & status tempahan anda secara atas talian.
Anda akan menerima notifikasi sebelum dan selepas ibadah anda dilaksanakan. Rujuk panduan / wakil ntuk persoalan ibadah qurban (bila boleh memotong kuku dsb.)
Masa (kecuali aqiqah) dan lokasi pelaksanaan ibadah anda ditetapkan oleh pihak Qurbani. Pemilihan negara oleh peserta tidak dibenarkan. Selepas ibadah selesai dilaksanakan, maklumat anda akan disimpan untuk tujuan audit dan pengurusan.
Gambar pelaksanaan secara individu tidak disediakan (kecuali Aqiqah) kerana jumlah tempahan yang tinggi (bergantung kepada tempat pelaksanaan)
Parcel yang mengandungi sijil penyertaan (1 sijil untuk setiap nama peserta) serta saguhati pakej (hadiah mengikut pakej yang didaftarkan) akan dihantar kepada alamat yang telah didaftarkan selewat-lewatnya 45 hari SELEPAS tarikh pelaksanaan ibadah anda.
Kami menggunakan perkhidmatan kurier NinjaVan untuk penghantaran ke Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak sahaja.Kos penghantaran adalah PERCUMA. Kos penghantaran diluar kawasan perlu ditanggung oleh anda.
Parcel yang tidak berjaya dihantar atau tidak dituntut akan dikembalikan kepada Qurbani. Kos penghantaran kali ke-2 perlu ditanggung oleh pendaftar.
Tempahan anda akan bertukar kepada status selesai selepas kami menghantar parcel anda.
Qurbani tidak pernah melantik mana – mana wakil yang menerima wang tempahan melalui akaun peribadi. Pastikan anda mengelakkan diri dari mangsa sindiket penipuan dengan Memastikan nama syarikat dan no akaun rasmi yang dinyatakan sebelum Membuat pembayaran.
Sila laporkan kepada kami sekiranya anda kenal individu atau akaun laman sosial individu terbabit.