Semak status tempahan anda disini >
Berikut adalah ringkasan prosedur pengurusan kami mengikut tahap proses sebagai rujukan status tempahan anda.
1 Tempahan oleh pelanggan
- Tempahan: Anda mendaftar melalui pelbagai saluran tempahan kami.
- Bayaran Dibuat : Anda membuat bayaran melalui pelbagai saluran bayaran kami.
2 Status: Tempahan
- Tempahan Diterima : Bergantung kepada saluran tempahan dan cara pembayaran, maklumat anda mengambil masa 1-3 hari untuk diproses dan dimasukkan ke dalam sistem pengurusan maklumat kami.
- Setiap tempahan akan disertakan dengan maklumat individu wakil jualan yang akan menguruskan tempahan anda sehingga selesai.
- Notifikasi dan Statuslink: Kami akan menghantar notifikasi serta pautan URL statuslink unik kepada anda.
3 Status: Pengesahan
- Bayaran Diterima : Kami mengesahkan transaksi anda telah selesai diterima ke dalam akaun rasmi Qurbani.
- *Bayaran Tidak Diterima/ FPX Gagal: Kami tidak dapat mengesahkan transaksi anda. Tempahan tidak akan diteruskan sehingga transaksi disahkan.
4 Status: Akad
- Panggilan telefon : Qurbani menawarkan panggilan akad sebagai tambahan perkhidmatan kami. Mengikut prosedur standard, panggilan akad akan dibuat melalui pegawai jualan dan kali ke dua melalui pegawai akad untuk pengesahan maklumat.
- Qurbani berhak tidak membuat panggilan akad ke dua disebabkan jumlah tempahan yang tinggi. Akad pelanggan telah pun termaktub selepas tempahan dilakukan. Pelanggan juga boleh merujuk video yang disediakan untuk panduan akad dan niat ibadah.
5 Status: Pengagihan
Status Agihan: Sedang Diproses
- Nama peserta dan kuantiti tempahan akan disusun untuk melengkapkan jumlah bahagian.
- Lokasi dan masa pelaksanaan ditentukan secara rawak mengikut kuota yang telah ditetapkan.
- Pelanggan menerima No.agihan, No.Lot serta maklumat agihan.Maklumat dan kuota agihan dihantar kepada pusat sembelihan serta wakil pengurusan Qurbani di setiap lokasi pelaksanaan.
- Hadiah saguhati dan parcel diproses untuk dihantar kepada pelanggan.
6 Status: Pelaksanaan
Status Agihan : Telah Dihantar
- Maklumat anda diterima oleh pusat/wakil sembelihan dan haiwan yang dipilih akan disediakan untuk pelaksanaan.
7 Status: Pelaksanaan
Status Agihan: Pelaksanaan – Selesai Dilaksanakan
- Ibadah anda dilaksanakan pada masa dan lokasi yang ditetapkan
- Laporan pelaksanaan dihantar ke pejabat urusan (1-7 hari mengikut keadaan dan lokasi)
- Pejabat urusan mengesahkan ibadah selesai dilaksanakan.
8 Status: Selesai
Status Agihan: Selesai
- Pengesahan ibadah selesai dilaksanakan dan laporan diterima
- Pengesahan parcel sudah dihantar kepada pelanggan