- Di dalam keadaan, walaupun bukan disebabkan kesilapan pelanggan, pembelian qurban/aqiqah anda dibatalkan, ditangguhkan atau ditukarkan tarikh, anda boleh memilih untuk menukarkan tarikh pelaksanaan, bergantung kepada kebolehan kami untuk memenuhi tarikh tersebut, dengan menghubungi talian khidmat pelanggan kami.
- Jika anda memilih untuk tidak meneruskan pembelian bersama Qurbani, anda menerima bahawa liabiliti Qurbani kepada anda ialah hanya untuk membuat pemulangan wang tempahan secara penuh semula dalam tempoh yang dipersetujui bersama. Anda menerima bahawa hanya ini sahaja penyelesaian undang-undang yang tersedia.