fbpx

Tarikh Tutup 2023 / 1444H : SELASA 27 JUN 2023

HARI
JAM
MIN
SAAT
Khidmat Pelanggan

izinkan kami menjawab persoalan anda?

Persoalan Umum Qurban

InsyaAllah, segala persoalan dan kekeliruan berkaitan ibadah Qurban akan terjawab diruangan ini. Sudah pasti ibadah ini akan kita laksanakan setiap tahun jika kita faham dan yakin akan perlaksanaannya.

Adakah ibadah Qurban hanya perlu dilaksanakan sekali seumur hidup?

Umat islam disunatkan melaksanakan ibadah korban pada setiap tahun.

Bolehkah sebahagian daging Qurban atau kulit haiwan Qurban diberikan sebagai upah kepada tukang sembelih?

Islam tidak membenarkan membayar upah kepada tukang sembelih haiwan Qurban dengan daging mahupun kulit haiwan Qurban tersebut. Maka seseorang perlu membayar upah tersebut daripada sumber lain yang dimiliki.

Bolehkah saya laksanakan ibadah Qurban untuk orang yang telah meninggal dunia (arwah)?

Tidak digalakkan laksanakan ibadah Qurban ke atas orang yang telah meninggal dunia, kecuali berdasarkan wasiat yang pernah dibuat oleh simati.

Adakah akad perwakilan diperlukan ?

Akad perwakilan perlu dibuat bagi orang yang mewakilkan pelaksanaan ibadah korban kepada urusetia program Qurban. Akad perwakilan itu juga memadai dengan niat oleh peserta korban.

Bolehkah saya menggunakan duit bantuan untuk laksanakan ibadah Qurban ?

Boleh.

Bolehkah seekor lembu, bahagiannya dikongsi untuk ibadah Qurban?

Boleh, kita dibenarkan berkongsi sehingga tujuh orang atau tujuh bahagian bagi seekor lembu atau unta.

Bolehkah saya melaksanakan ibadah Qurban untuk ibubapa/anak saya tetapi tidak memberitahunya?

Sebaik-baiknya maklumkan kepada mereka yang terlibat.

Seseorang yang berqurban perlu sedar mereka sedang melaksanakan ibadah Qurban. Ini kerana ibadah Qurban memerlukan niat yang sengaja dan disertai dengan rasa kepatuhan kepada Allah S.W.T.

Bolehkah seseorang mewakilkan pihak tertentu untuk melaksanakan ibadah Qurban bagi pihaknya di tempat lain?

Ianya dibenarkan bagi memudahkan amalan dan budaya tersebut diamalkan oleh umat Islam seluruhnya.

Adakah boleh laksanakan Ibadah Qurban sedangkan saya masih menanggung beban hutang ?

Hutang yang membebankan diri sehingga tidak mampu untuk membeli makanan atau barangan asas hidup maka tidak perlu laksanakan ibadah Qurban.

Jika hutang jangka panjang (long-term financial) seperti ansuran rumah, ansuran kereta dan sebagainya adalah tidak termasuk dalam kategori hutang yang dimaksudkan.

Bolehkah saya laksanakan Qurban hanya satu bahagian lembu untuk satu keluarga?

Tidak boleh kerana terdapat hadith menyatakan Nabi S.A.W. menyembelih seekor unta dan seekor lembu untuk tujuh orang atau bahagian sahaja.

Namun begitu, jika hanya mampu satu bahagian sahaja, maka diharuskan meletakkan nama ketua keluarga dan diniatkan pahala Qurban kepada semua ahli keluarga.

Bolehkah saya melaksanakan Qurban tetapi tidak melihat sembelihan ?

Tiada masalah jika tidak melihat binatang sembelihan bagi orang yang mewakilkan kerana melihat sembelihan Qurban adalah satu amalan sunat sahaja.

Anak saya belum Aqiqah, bolehkah saya laksanakan Qurban untuknya terlebih dahulu ?

Boleh. Jika sekiranya telah hampir waktu berkorban, adalah lebih baik dilaksanakan ibadah korban dahulu kerana waktu sembelihan ibadah korban hanya boleh dilakukan pada 10-13 Zulhijjah sahaja pada setiap tahun. Manakala Aqiqah boleh dilaksanakan bila-bila masa sepanjang tahun. Jika berkemampuan boleh dilaksanakan kedua-duanya sekali.

Adakah orang belum Islam boleh menerima agihan daging Qurban ?

Tidak digalakkan, kerana daging tersebut disandarkan kepada sembelihan ibadah.

Bolehkah saya boleh laksanakan Qurban dengan kambing ?

Boleh, namum sebaik-baik haiwan korban adalah yang paling banyak dagingnya. Haiwan korban yang terbaik ialah unta, diikuti lembu dan kambing.

Kenapa Qurbani menawarkan harga yang lebih murah dan berpatutan untuk Ibadah Qurban ni?

Qurbani mengamalkan konsep ‘Ekonomi Dua Hala’ dimana pihak pemberi dan penerima saling menerima manfaat.

Keadaan ekonomi kita yang jauh lebih baik dari mereka memberikan ruang nilai matawang lebih tinggi. Maka kita dapat melaksanakan ibadah dan sumbangan dengan lebih murah.

Setiap haiwan / bahan / sumber yang digunakan untuk melaksanakan tempahan anda diambil secara langsung dari komoditi tempatan penerima, secara tidak langsung meningkatkan ekonomi mereka. 

Sumbangan anda pula dimanfaatkan dalam bentuk makanan ataupun fasiliti asas oleh masyarakat setempat.

Pembelian dan pelaksanaannya dilakukan di negara-negara terlibat serta kuantiti haiwan yang banyak.

Bagaimana saya nak tahu ibadah Qurban saya telah dilaksanakan ?

Setiap peserta akan diberikan sijil penyertaan yang mengandungi maklumat tarikh dan lokasi ibadah Qurban dilaksanakan. 

Selain itu, Qurbani akan kongsikan gambar-gambar di media sosial Qurbani bergantung kepada keadaan pelaksanaan.

Pelaksanaan ibadah Aqiqah lebih mudah dirakamkan berbanding ibadah Qurban. Qurbani tidak menjanjikan setiap penyertaan disertakan dengan bukti video.

Walaubagaimanapun, setiap penyertaan akan dilaksanakan dengan telus dan amanah. Qurbani sentiasa memantau perjalanan ibadah Qurban disetiap negara sasaran agar dilaksanakan dengan sebaik mungkin.



Hubungi Qurbani
1
Perlukan bantuan? klik disini.
Scan the code
Assalamualaikum, boleh kami bantu anda?