InsyaAllah, segala persoalan dan kekeliruan berkaitan ibadah Aqiqah akan terjawab diruangan ini. Sudah pasti ibadah ini akan kita laksanakan jika kita faham dan yakin akan perlaksanaannya.
Adakah Ibadah Aqiqah itu hanya sekadar adat sahaja ?
Tidak. Aqiqah adalah ibadah dan sunnah Nabi SAW, malah baginda sendiri melaksanakannya ke atas cucunya Hassan & Husain R.A iaitu cucunya.
Adakah ibu bapa / penjaga perlu melaksanakan Ibadah Aqiqah untuk anaknya ?
Ya, kerana Ibadah Aqiqah merupakan suatu tanggungjawab ibu bapa untuk menunaikan hak terhadap anak yang dilahirkannya.
Adakah penjaga atau selain ibu bapa melakukan aqiqah untuk kanak-kanak terbabit ?
Boleh sekiranya ibu bapa kepada anak tersebut kurang berkemampuan atau tidak mampu untuk melakukannya atas sebab-sebab tertentu. Perkara ini perlulah dimaklumkan kepada ibu bapanya.
Bolehkah saya melakukan Ibadah Aqiqah untuk diri sendiri kerana ibu bapa saya tidak berkemampuan ?
Boleh sekiranya berkemampuan. Nabi SAW juga melaksanakan aqiqah untuk dirinya sendiri selepas dilantik menjadi nabi iaitu ketika berusia 40 tahun.