fbpx

Tarikh Tutup 2023 / 1444H : SELASA 27 JUN 2023

HARI
JAM
MIN
SAAT
Khidmat Pelanggan

izinkan kami menjawab persoalan anda?

Pengenalan Ibadah Qurban

Pensyariatan dan pelaksanaan ibadah qurban telah melalui perjalanan masa yang panjang dalam sejarah tamadun manusiawi sejak kali pertama dilaksanakan oleh Nabi Ibrahim A.S. dan anaknya Nabi Ismail A.S.

Firman Allah swt:

“Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: “Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!”

Ia menjawab: “Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar. Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipis(nya), (nyatalah kesabaran keduanya). Dan Kami panggillah dia: “Hai Ibrahim, sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu. Sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar”.

(Surah al-Saffat 37 : 102-107).

Maksud ibadah Qurban

Qurban bermaksud menyembelih haiwan tertentu pada Hari Raya Aidiladha/ Nahar (10 Zulhijah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijah) dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.

Hukum ibadah Qurban

SUNAT MU’AKKADAH iaitu sunat yang sangat dituntut melakukannya.

Syarat ibadah Qurban ?

1. Beragama Islam
2. Merdeka (Bukan golongan hamba)
3. Berakal
4. Baligh ( Dewasa)
5. Berkemampuan untuk melaksanakannya.

2 syarat sah Qurban

1. Niat untuk taqarrub diri kepada Allah SWT. Waktu niat qurban adalah semasa menyembelih atau semasa membeli ternakan qurban.

2. Memilih ternakan qurban yang boleh dikongsi bahagian seperti unta, lembu dan kerbau jika ingin berkongsi tujuh orang. Manakala kambing atau biri-biri dikhususkan untuk seorang yang mewakili satu bahagian.

Jenis ibadah Qurban

Qurban Sunat : iaitu menyembelih binatang ternakan yang tertentu dengan niat taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah S.W.T pada Hari Raya Aidiladha.

Qurban Wajib : 

1) Nazar : iaitu apabila seseorang itu berniat nazar sekiranya dia mendapat apa yang dihajatinya dia akan menyembelih haiwan Qurban, maka wajiblah ke atasnya menunaikan nazarnya itu.

2) Wasiat : iaitu korban atas dasar wasiat yang ditinggalkan oleh si mati.

Sunnah ibadah Qurban

Sunnah tidak memotong kuku, menggugurkan bulu-bulu dan perbanyakkan berdoa bermula dari 1 Zulhijjah sehingga Qurban dilaksanakan.

Paling terbaik (afdal) mengenai pembahagian daging Qurban

Yang paling afdal menurut pandangan ulama mazhab Syafie ialah bersedekah semuanya kecuali pada beberapa ketul atau suapan yang agak berpatutan dimakan oleh orang yang berqurban untuk mengambil berkat, seperti sebahagian hati kerana ianya sunat dimakan. Amalan ini pernah dilakukan oleh Nabi SAW ketika Baginda melakukan qurban.



Hubungi Qurbani
1
Perlukan bantuan? klik disini.
Scan the code
Assalamualaikum, boleh kami bantu anda?